awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis, ATM ditempatkan di Pasar Borong Selayang - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/04/2020
08:55 MYT
Polis, ATM ditempatkan di Pasar Borong Selayang - Ismail Sabri
Terdapat pengunjung pasar berkenaan masih bersesak-sesak dan tidak mematuhi arahan penjarakan sosial dalam usaha mencegah penularan COVID-19 - Gambar BERNAMA
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditempatkan di pasar borong dan pasar basah Selayang berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, langkah tersebut diputuskan susulan terdapat aduan bahawa pengunjung pasar berkenaan masih bersesak-sesak dan tidak mematuhi arahan penjarakan sosial dalam usaha mencegah penularan COVID-19.
“Keputusan mesyuarat pagi ini memutuskan supaya kita meletakkan pihak polis dan tentera untuk memastikan pematuhan di pasar borong dan pasar basah Selayang,” katanya pada sidang media harian di sini, pada Ahad.
Katanya, isu sama turut dibangkitkan di Pasar air Itam, Pulau Pinang.
“Saya dimaklumkan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) bahawa pihak pasar Air Itam telah pun mematuhi perintah dan SOP (prosedur operasi standard) pihak kementerian dan PDRM,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Selayang
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan