awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bantuan maut dengan kesan tembakan di kepala

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2023
07:20 MYT
Polis bantuan maut dengan kesan tembakan di kepala
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE I untuk tindakan lanjut. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan satu das tembakan di bahagian kepala dalam kejadian di ruang rehat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pada pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa berusia 42 tahun itu ditemui oleh rakan sekerjanya dalam keadaan berlumuran darah.
Difahamkan, mangsa ditemui terlantar di kerusi rehat dengan pendarahan di bahagian kepala.
Sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan ketika itu mangsa masih bernyawa.
Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu serta Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian terbabit.
"Mangsa dibawa ke Unit Forensik HQE I untuk tindakan lanjut dan kes mengenai kejadian itu masih dalam siasatan polis," katanya.
Turut berada di lokasi kejadian Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) IPK Sabah, Superintenden Alhusin Halil. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anggota polis bantuan
#kesan satu das tembakan
#di bahagian kepala
#ruang rehat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan