awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov

Bernama
Bernama
13/11/2024
02:40 MYT
Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Che Nor Qurratu Aini berusia 14 tahun didapati hilang sejak seminggu lalu selepas keluar ke kedai runcit di Kampung Semut Api, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang sejak 7 Nov lepas selepas keluar dari rumahnya di Kampung Semut Api, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata Che Nor Qurratu Aini Mohd Zaidi dilihat meninggalkan rumahnya pada kira-kira 5 petang untuk ke kedai runcit, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima laporan mengenai kehilangannya pada 1.15 tengah hari, Isnin lepas.
"Remaja perempuan berkenaan (ketika itu) dilihat memakai baju blaus berwarna hitam. Tingginya 150 sentimeter, berkulit sawo matang dan berat badan dianggarkan 60 kilogram," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Che Nor Qurratu Aini diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi pegawai penyiasat Sjn Mohd Azmey Mohd Yunus dengan menelefon 017-3430221 atau 09-7752200.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Che Nor Qurratu Aini Mohd Zaidi
#remaja hilang
#Mohd Rosdi Daud
#kedai runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan