awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Besut tahan dua suspek edar dadah

Bernama
Bernama
04/04/2018
11:13 MYT
Polis Besut tahan dua suspek edar dadah
Mohd Zamri berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail
Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah di dua lokasi berbeza semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata lelaki pertama berumur 34 tahun yang tidak bekerja itu ditangkap di rumahnya di Kampung Padang Lengkuas, Jertih hasil maklumat orang ramai pada 12.40 tengah hari.
"Suspek disyaki aktif mengedar dadah di kawasan Taman Johor Jaya, Johor dan mempunyai 14 rekod jenayah lampau.
"Ketika serbuan dilakukan di rumahnya, polis membuat pemeriksaan ke dalam bilik tidurnya dan menemukan sebuah beg berwarna hitam yang mengandungi pelbagai jenis dadah antaranya heroin, syabu dan pil yaba dipercayai untuk diedar kepada pelanggan di sekitar kawasan Jertih," katanya kepada media di sini hari ini.
Katanya, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif Methamphetamine dan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, polis menangkap seorang lagi lelaki berumur 34 tahun ketika cuba melarikan diri dengan pelbagai jenis dadah di Kampung Beting Lintang, Kampung Raja kira-kira 7.45 malam.
Mohd Zamri berkata bertindak atas maklumat orang ramai, enam anggota polis pergi ke lokasi dan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri ke dalam semak apabila menyedari kehadiran polis.
"Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap dan pemeriksaan ke atas beg pinggangnya menemukan pelbagai jenis dadah yang disimpan dalam tiub straw dan botol plastik kecil," katanya.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besut
#Dadah
#jenayah
#Mohd Zamri Mohd Rowi
#reman
#suspek
#Taman Johor Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan