KUALA LUMPUR: Taktik sekumpulan tujuh lelaki yang menggunakan platform jual beli barang untuk memperdayakan orang ramai memuat turun Android Package Kit (APK) sebelum bertindak "menyedut" duit mangsa terbongkar selepas ditahan dalam serbuan di dua unit premis di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan empat warga asing, masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
"Fail APK yang dimuat turun itu membolehkan sindiket menggunakan kad debit mangsa kerana mangsa telah memasukkan maklumat perbankan mereka ketika proses memuat turun fail dijalankan.
"Akibatnya, kad debit mangsa akan digunakan melalui aplikasi pembayaran elektronik tanpa mangsa sedari dan siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi selama tiga bulan di sekitar Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam serbuan itu, katanya polis turut merampas 28 buah telefon bimbit dan lima unit komputer yang dipercayai digunakan dalam menjalankan kegiatan sindiket penipuan berkenaan.
Beliau berkata kesemua ahli sindiket yang berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dengan ditawarkan gaji RM4,000 itu kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
Sehubungan itu beliau turut menasihati orang supaya jangan mudah terpedaya tawaran daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali selain sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum memuat turun sebarang fail daripada sumber yang tidak sah.
Orang ramai juga diminta melaporkan kepada National Scam Response Center di talian 997 jika mempunyai sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Fail APK yang dimuat turun itu membolehkan sindiket menggunakan kad debit mangsa kerana mangsa telah memasukkan maklumat perbankan mereka ketika proses memuat turun fail dijalankan. - Gambar hiasan

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

Mohd Shuhaily dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Mohd Shuhaily yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pelajar kolej swasta antara ditahan jual 'brownies ganja'
Punca bekalan masih dalam siasatan dan saringan air kencing mendapati suspek dalam kes pertama bebas daripada sebarang jenis dadah.

Polis bongkar kegiatan sedut duit selepas muat turun fail APK
Kesemua suspek masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Polis tumpas 'Geng Adem' pecah masuk 24 klinik, farmasi
Seorang wanita antara lima warga tempatan ditahan, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah masuk dan samun 24 buah klinik dan farmasi di sekitar ibu kota, Selangor dan Pahang.

Polis ambil keterangan lapan individu kes penemuan al-Quran dalam longkang
Polis selesai mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang.

Duda anak tiga ditahan edar dadah bernilai hampir setengah juta ringgit
Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah bernilai RM452,000 dalam dua serbuan di sekitar ibu negara, semalam.

Lima 'doktor' antara 12 ditahan proses, edar dadah di pusat hiburan sekitar KL
Lima 'doktor' antara 12 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah di pusat hiburan sekitar ibu negara baru-baru ini.

444,120 laporan polis diterima sepanjang tahun 2022
Angka berkenaan meliputi aduan membabitkan kesalahan trafik, jenayah, narkotik dan komersial.

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.