KAJANG: Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan secara serentak di sekitar Lembah Klang Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 13 ahli sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta.
Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada warga tempatan termasuk lima wanita berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun.
"Dua dalang utama sindiket ini merupakan seorang lelaki yang menjadi koordinator kepada sistem pengedaran dan pemprosesan dadah, manakala isterinya menguruskan segala sewaan rumah dan kenderaan.
"Sindiket ini menjadi sumber kepada pengedar dadah lain di sekitar Lembah Klang dan mereka mengedar kepada yang dikenali sahaja dengan menggunakan perkhidmatan kurier," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Khaw berkata dalam tangkapan pertama, JSJN memeriksa bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun dan menjumpai heroin seberat 2.441 kilogram (kg) di Jalan Cheras - Kajang Expressway.
Beliau berkata pemeriksaan kedua dijalankan di sebuah rumah teres di Semenyih, Selangor dan polis menjumpai 16 bungkusan plastik berisi dadah jenis heroin seberat 7.31 kg.
"Turut dirampas satu plastik lutsinar berisi bahan kimia mengandungi dadah seberat 4.583 kg, lapan botol kaca bahan kimia mengandungi dadah seberat 13.64 kg serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah.
"Pemeriksaan susulan dilaksanakan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur dan menjumpai pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat 26.25 kg, heroin seberat 55.33 kg dan 4.208 kg ganja," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lepas hingga 3 Mei ini.
Beliau berkata pihak JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket itu yang dipercayai masih bebas dan orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN 012-2087222.
"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, pihak kami menyita pelbagai aset sindiket dengan anggaran RM1.08 juta terdiri daripada sembilan kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM213,000 dan 26 barangan kemas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin (empat, kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. - Foto Bernama
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
Penembakan atas PM Slovakia adalah serangan politik
Menteri Pertahanan Slovakia, Robert Kalinak pada Rabu dalam satu sidang akhbar mengatakan bahawa penembakan ke atas Perdana Menteri Robert Fico adalah "serangan politik".
Bersama-sama Kalinak, Menteri Dalam Negeri Slovakia, Matus Sutaj Estok berkata bagaimanapun beliau tidak akan mendedahkan butiran mengenai penembak buat masa ini tetapi mengesahkan bahawa serangan itu bermotifkan politik.
Bersama-sama Kalinak, Menteri Dalam Negeri Slovakia, Matus Sutaj Estok berkata bagaimanapun beliau tidak akan mendedahkan butiran mengenai penembak buat masa ini tetapi mengesahkan bahawa serangan itu bermotifkan politik.
Pemimpin dunia kutuk serangan terhadap PM Slovakia
Pemimpin-pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan terhadap Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang mana tindakan itu dianggap sebagai serangan ganas yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat dan serta mempersendakan kuasa demokrasi dunia. Kecaman dan doa dititipkan oleh pemimpin dari pelbagai negara dalam laman media sosial 'X' selepas menerima berita insiden mengejutkan itu.
600,000 penduduk Palestin jadi pelarian sejak Rafah diserang
PBB anggarkan 600,000 penduduk Palestin menjadi pelarian sejak Israel lancar serangan ke atas Rafah.
Hamas dakwa Israel punca rundingan gencatan senjata gagal
Ismail Haniyeh menyalahkan Israel atas kegagalan rundingan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Mesir dan Qatar.
Manfaat kerjasama Mashariq-Tabung Haji
Syarikat Mashariq di Arab Saudi lahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang terjalin antara mereka dan Tabung Haji khususnya berhubung jalinan teknologi memandangkan ia banyak mendatangkan manfaat kepada jemaah haji Malaysia.
TPM Slovakia percaya nyawa PM Robert Fico 'tidak terancam'
Taraba mengkritik parti pembangkang, menuduh mereka menggunakan "naratif palsu" dan menggambarkan Fico sebagai "seperti raksasa".
Dua pegawai kanan badan berkanun seleweng projek RM1.2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan DUA Pegawai Kanan Badan Berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan Menyeleweng dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi Projek Pembangunan bernilai RM 1.2 billion.
Buah-buahan Malaysia pikat warga Namibia, pacu potensi perdagangan
Produk pertanian Malaysia terutama buah-buahan berpotensi besar untuk dieksport ke Namibia. Ini kerana negara di benua Afrika itu melihat produk Pertanian Malaysia adalah istimewa dan hanya terdapat di negara tropika seperti nangka manggis dan durian.
Putin tiba di Beijing dalam usaha dapatkan sokongan China terhadap perang di Ukraine
Lawatan Putin dilihat sebagai talian hayat ekonomi bagi Rusia selepas Barat mengenakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.