awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bongkar makmal proses ekstasi, empat ditahan

Bernama
Bernama
03/07/2021
05:32 MYT
Polis bongkar makmal proses ekstasi, empat ditahan
Polis membongkar kegiatan sebuah makmal memproses pil ekstasi selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita warga China.- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses pil ekstasi selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita warga China, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM398,352 dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Timur Laut, di sini Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menahan seorang lelaki peniaga durian berusia 29 tahun di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan Sungai Pinang l, di sini pada pukul 5 petang dan merampas pelbagai jenis dadah bersamanya.
Beliau berkata susulan penangkapan, polis kemudiannya menahan seorang peniaga makanan dari rumah serta seorang peniaga barangan lusuh dan antik berumur 39 dan 42 tahun dalam sebuah kereta di Jalan Perak di sini selepas menemukan sejumlah pil eramin 5.
"Polis seterusnya menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir, Gelugor dan menahan wanita China berumur 32 tahun. Hasil pemeriksaan di situ polis berjaya membongkar kewujudan sebuah makmal memproses pil ekstasi, dan merampas mesin serta peralatan untuk memproses dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya ekoran penahanan empat individu itu polis merampas 1,470 biji pil eramin 5, serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) sebanyak 6,219 gram(g), syabu (23g), ganja (11g) dan ketamin (1.5g), yang kesemuanya bernilai RM398,352.
Mustafa Kamal berkata siasatan mendapati rumah yang dijadikan makmal memproses dadah itu disewa dan didiami pasangan kekasih wanita China dan lelaki berusia 42 tahun, yang juga ketua sindiket memproses serta mengedar dadah, dan mereka dipercayai mempunyai kepakaran untuk membuat pil ekstasi.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka di luar negara sebelum memprosesnya semula untuk dijual di Pulau Pinang, sejak awal tahun ini.
Katanya ujian air kencing mendapati dua lelaki yang ditahan di Jalan Perak positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
"Empat individu itu kini direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang
#Mustafa Kamal Gani Abdullah
#pil ekstasi
#Dadah
#warga china
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan