MALAYSIA
Polis bongkar makmal proses heroin di Bukit Mertajam
Sindiket itu aktif sejak Ogos lepas dengan memasarkan heroin sekitar negeri-negeri di utara.
BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya membongkar makmal memproses heroin dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM120,600 dalam dua serbuan di sini dan Kulim.
Bertindak hasil maklumat dan risikan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menjalankan operasi itu bermula 4 petang Jumaat lepas hingga 5 pagi semalam serta menahan dua lelaki berusia 40 tahun.
"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Bukit Mertajam di sini, polis menahan lelaki yang berperanan sebagai "ahli kimia" iaitu mempunyai kepakaran untuk memproses heroin dan pemeriksaan mendapati dia menjadikan kediaman tersebut sebagai tempat makmal proses dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah termasuk 5,385 gram heroin dan 20 kilogram serbuk kafein.
Hasil soal siasat ke atas lelaki itu, katanya polis telah membuat serbuan susulan dan menahan seorang lagi lelaki yang berperanan sebagai "runner" di Kulim yang turut memiliki 250 gram metamfetamina.
Azizee memaklumkan sindiket itu aktif sejak Ogos lepas dengan memasarkan heroin sekitar negeri-negeri di utara.
Beliau berkata hasil ujian air kencing menunjukkan kedua-dua lelaki itu positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Kedua-duanya direman hingga 28 Nov ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 40,000 penagih.
-- BERNAMA