KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan pelacuran yang disyaki beroperasi di sebuah hotel bajet di Bukit Bintang, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, serbuan dilakukan pada pukul 8.30 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas risikan dibuat.
"Hasil serbuan itu, polis menahan 16 wanita warga asing dari sebuah negara di benua Afrika yang berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun.
"Polis turut merampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, tujuh gulung tisu, 14 buah telefon bimbit dan wang tunai RM800.
"Perkhidmatan yang ditawarkan mereka sebanyak RM100 kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Noor Dellhan berkata, hasil siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran itu melibatkan warga asing yang berselindung di sebalik hotel bajet yang disewa pada kadar RM110 sehari.
"Mereka akan mendapatkan pelanggan di tepi jalan dan seterusnya membawa ke bilik hotel bagi aktiviti perkhidmatan seks.
"Kesemua individu yang ditahan akan direman pada 23 Jun bagi tujuan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” kata beliau.
Menurut Noor Dellhan, perempuan warga asing tersebut juga akan berpindah dari satu hotel bajet ke hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Kesemua mereka juga, jelasnya, tidak memiliki dokumen perjalanan sementara pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada warga asing dan tempatan.
Jesteru itu, Noor Dellhan menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Afiezy Azaman
Sun Jun 23 2024
Sebahagian daripada 16 wanita warga asing dari sebuah negara di benua Afrika yang berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun yang ditahan polis.
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis
Kebanyakan pelanggan warga tempatan dan warganegara asing dengan purata langganan seorang pelacur lima hingga 10 orang.
Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL
Polis menahan 21 wanita warga asing dipercayai pelacur dalam serbuan Op Noda Khas #KLStrikeForce di lima hotel murah sekitar sini malam tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.
Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran.
Budak 12 tahun mangsa culik dicabul, hampir dijual kepada sindiket pelacuran
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, 8 Oktober lalu, dipercayai menjadi mangsa cabul serta cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.
Imigresen tahan 117 individu termasuk 85 GRO warga asing
Jabatan Imigresen menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dengan menahan 117 individu termasuk wanita warga asing dalam operasi khas.
SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu semalam.
Polis bongkar pelacur guna hotel bajet tawar khidmat seks RM100
Seramai 16 wanita warga asing dari sebuah negara di benua Afrika yang berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun ditahan.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.