Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki memproses dadah jenis ecstacy dalam bentuk serbuk minuman dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Pandan Indah, Ampang dekat sini, tiga hari lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 40-an yang bertindak sebagai ketua ditahan bersama dua pekerjanya iaifu dua wanita warga Vietnam berusia 20-an dan 60-an.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menemukan serbuk dadah seberat 5,116 gram, 21.4 gram ketamin dan dua ketulan mampat ganja yang keseluruhannya berjumlah RM514,330.
Polis juga merampas peralatan memproses dadah antaranya alat pengisar elektrik, lesung batu dan plastik lutsinar.
"Yang kita khuatiri ialah serbuk minuman ini akan mengelirukan pasukan penguatkuasa untuk mengenali ini adalah dadah ataupun minuman biasa.
"Kita meminta orang awam berwaspada dengan bahan-bahan yang baru ini supaya tidak terjebak dalam penagihan dadah dan kita juga khuatir sekiranya ada pasaran berbentuk begini akan menembusi kepada kanak kanak sekolah," katanya.
Polis percaya kumpulan ini menggunakan taktik baharu dengan mengedar dadah dalam bentuk serbuk minuman supaya kegiatan mereka sukar dikesan pihak berkuasa.
Paket minuman dadah ini juga dipercayai untuk dipasarkan kepada kanak-kanak sekolah di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.
Tambah beliau, siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti pasaran kumpulan berkenaan kerana setakat ini penjualan serbuk minuman tersebut masih belum ditemukan di pusat-pusat hiburan di kawasan Ampang Jaya.
Astro Awani
Thu Mar 08 2018
Polis percaya kumpulan ini menggunakan taktik baharu dengan mengedar dadah dalam bentuk serbuk minuman supaya kegiatan mereka sukar dikesan pihak berkuasa. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.
Lelaki serang peniaga guna gelas besi ditahan
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang peniaga menggunakan gelas besi, dalam kejadian di sebuah medan selera pada Ahad.
'Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami'
Ammar merupakan seorang anak yang manja, ringan tulang dan bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.