Polis telah membuka sebuah kertas siasatan bagi menyiasat secara lanjut dakwaan laporan balu kepada M. Marimuthu, 41 tahun, yang mati ditembak polis pada Mei lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis oleh R. Vaijentimala, 41 tahun, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam.
Laporan Vaijentimala berkenaan kematian suaminya yang dikatakan ahli 'Geng 04' dan ketua 'Geng Pam' di Perak. Sebelum ini, Marimuthu dilaporkan mati ditembak polis dalam satu insiden tembak-menembak pada 24 Mei lepas. Namun menurut laporan bedah siasat, salah satu peluru yang dijumpai dalam dadanya berada pada trajektori 40 darjah.
Menurut peguam keluarga mereka, N. Surendran, ini bermaksud kedudukan Marimuthu ketika ditembak adalah lebih rendah daripada penembak, dan ini tidak mungkin berlaku dalam insiden tembak-menembak secara berdepan.
"Buat masa ini, pihak polis akan membuka satu Kertas Enkuairi Polis (KEP) dan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Tapah.
"Pihak polis juga akan mendapatkan keterangan serta bukti dari pengadu dan pihak polis memandang serius dakwaan pengadu berkenaan hal ini.
"Kita akan menjalankan siasatan terperinci dan kemudia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi keputusan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Ketika ditanya tentang permintaan Vaijentimala dan peguamnya supaya anggota polis yang terlibat dalam insiden terbabit digantung kerja, Tian Kee menegaskan siasatan terperinci akan dilaksanakan sebelum sebarang tindakan diambil.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Dec 21 2017
Menurut laporan bedah siasat, salah satu peluru yang dijumpai dalam dada Marimuthu berada pada trajektori 40 darjah. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Polis buat siasatan dalaman kes tembak M. Marimuthu
Polis telah membuka sebuah kertas siasatan berikutan dakwaan laporan balu kepada M. Marimuthu, 41 tahun, yang mati ditembak polis pada Mei lepas.