awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

Bernama
Bernama
05/07/2021
13:36 MYT
Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu
Polis mengesahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Polis mengesahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata Liu dipercayai melakukan perbuatan itu di pekarangan Mahkamah Raub hari ini semasa prosiding reman terhadap 18 pekebun durian Musang King yang didakwa menceroboh kawasan hutan simpan berlangsung.
"Siasatan juga dilakukan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 jika beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas negeri ke Raub .
"Walaupun beliau boleh merentas negeri sebagai ahli politik namun ia bergantung kepada SOP Majlis Keselamatan Negara," katanya semasa dihubungi.
Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah beberapa lagi ahli politik DAP antaranya Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut Lee Chin Chen dan ADUN Tras Chow Yu Hui.
Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal Batu Talam untuk menanam Musang King.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kertas siasatan
#Ronnie Liu
#Seksyen 186 Kanun Keseksaan
#menghalang tugas penjawat awam
#Musang King
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan