Polis telah membuka kertas siasatan awal berhubung kebakaran feri di sini hari ini bagi mengenal pasti punca kejadian yang hampir meragut 58 nyawa dalam kejadian kira-kira 2.40 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim bagaimanapun berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada pihak bomba yang akan menjalankan forensik ke atas feri tersebut.
"Maklumat awal kejadian kami sudah terima, kalau ikut prosedur kami buka laporan kebakaran iaitu kertas inkuiri atau prasiasatan polis untuk kami ketahui apa punca kebakaran.
"Cuma laporan penuh kebakaran itu kami perlu tunggu daripada pihak bomba yang akan keluarkan secara rasmi yang akan mengenal pasti sama ada ada unsur lain yang menyebabkan kebakaran itu termasuk jenayah dan khianat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di terminal feri penumpang, Kuah di sini hari ini.
Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penumpang feri tersebut yang memberitahu bahawa feri yang dinaikinya mengalami kebakaran.
Berdasarkan maklumat itu, pihak polis mengerahkan pasukan marin dengan dua bot untuk membantu penumpang feri itu yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis.
"Tempat kejadian itu adalah 500 meter dari jeti. Feri ini baru bergerak dari jeti pada 2.30 petang dan pada 2.40 petang terdapat kebakaran yang bermula dari bahagian enjin.
"Kesemua 58 penumpang berjaya diselamatkan iaitu 52 adalah penumpang, satu kapten, lima kru," katanya.
Mohd Iqbal berkata semua mangsa dibawa ke jeti Kuah dan sejurus sampai di jeti, dua orang mengalami sesak nafas kerana terhidu asap berlebihan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, di sini untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, sebahagian besar penumpang telah menaiki feri yang disediakan oleh pejabat Anggota Parlimen Langkawi untuk pulang ke Kuala Perlis pada 6 petang tadi.
Bernama
Mon Feb 25 2019
Polis telah membuka kertas siasatan awal berhubung kebakaran feri di sini hari ini bagi mengenal pasti punca kejadian yang hampir meragut 58 nyawa dalam kejadian kira-kira 2.40 petang tadi. -Astro AWANI
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
APMM akan panggil pengusaha feri terbakar
Aspek tahap pematuhan serta keselamatan di laut penting dan perlu dititikberatkan bagi menggelakkan kejadian yang sama berulang.
Feri terbakar di Pulau Bidong, 79 penumpang selamat
Sebuah feri yang membawa 79 penumpang termasuk kru yang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI) terbakar dalam kejadian petang tadi.
Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat
Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Feri penumpang dalam pembaikan terbakar
Sebuah feri yang sedang dalam penyelenggaraan enjin di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut, terbakar pada petang Jumaat.
Feri terbakar di Langkawi kes lama
video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook bukan kejadian yang baru berlaku.
Feri terbakar awal pagi, tujuh terbunuh
Feri Mercraft 2 membawa seramai 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di Pulau Luzon.
Feri terbakar di Bangladesh, 38 penumpang maut
Sekurang-kurangnya 38 terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian feri terbakar pada Jumaat di daerah Jhalokati, Bangladesh.
Feri terbakar dekat Pulau Jawa, 3 mayat ditemukan
Sejumlah 300 penumpang berjaya dipindahkan dalam operasi mencari dan menyelamat.
Feri terbakar: Bomba sahkan kebakaran bermula dari bilik enjin
Perkara itu disahkan oleh pegawai forensik Bomba dari Kedah dan Putrajaya yang melakukan pemeriksaan awal terhadap feri itu.
Polis buka kertas siasatan awal insiden feri terbakar
Polis masih menunggu laporan rasmi daripada pihak bomba yang akan menjalankan forensik ke atas feri tersebut.