awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN

Bernama
Bernama
12/01/2024
12:45 MYT
Polis buka kertas siasatan dakwaan PN cuba rasuah Agong - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggulingkan kerajaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata sebanyak empat laporan polis diterima berhubung dakwaan berkenaan.
"Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Razarudin mengesahkan empat individu telah dipanggil hari ini bagi dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Taatacara Jenayah berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.
Empat individu itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop, Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Mohamad Salim Iskandar, katanya.
Beliau berkata sejumlah 145 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.
Pada 30 Dis lepas, Ismail dilaporkan mendakwa 'Langkah Dubai' timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buka kertas siasatan
#cubaan rasuah Agong
#Perikatan Nasional
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan