awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan isu pengibaran bendera Israel di Kelantan

Bernama
Bernama
12/10/2025
15:12 MYT
Polis buka kertas siasatan isu pengibaran bendera Israel di Kelantan
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika "Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza" yang telah berlangsung di Lembah Sireh, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.
Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini berkata polis akan memanggil pihak penganjur untuk diambil keterangan lanjut berhubung kes itu dalam tempoh terdekat.
Pada Jumaat lepas, kejadian itu berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu, disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer, sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#polis buka kertas siasatan
#bendera Israel
#Kelantan
#solidariti untuk Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami