awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan nahas lori-motosikal di LDP

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2023
07:32 MYT
Polis buka kertas siasatan nahas lori-motosikal di LDP
Video tular memaparkan kemalangan melibatkan sebuah lori dan penunggang motosikal di LDP pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan lori dan motosikal di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang tular di media sosial, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Aidan Ahmad dalam halaman Facebook Dashcam Owners Malaysia yang memaparkan kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan.
"Berdasarkan rakaman itu, kejadian berlaku di LDP dari arah Puchong menghala ke Kepong pada jam 3.30 petang, Jumaat.
"Laporan polis sudah dibuat oleh pemandu lori berkenaan, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang di talian 013-9003499 bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#video tular
#kemalanagan lori dan motosikal
#Lebuhraya Damansara-Puchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan