MALAYSIA
Polis buka kertas siasatan susulan kenyataan palsu kemangkatan Sultan Kelantan
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial yang mendakwa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mangkat pada minggu lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
"Individu terlibat membuat kenyataan palsu dengan mengatakan Sultan Kelantan meninggal dunia dan pihak saya telah membuat laporan polis dan siasatan kes diambil oleh USJT.
"Individu yang memuat naik kenyataan tersebut juga sedang dikesan dan kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu membuat kenyataan palsu mengenai kemangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Laporan Polis dan Siasatan USJT: Polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan palsu di media sosial yang mendakwa Sultan Muhammad V mangkat.
- Individu Terlibat Sedang Dikesan: Individu yang memuat naik kenyataan tersebut sedang dikenal pasti. Polis menegaskan bahawa kenyataan itu adalah palsu.
- Disiasat di Bawah Akta Hasutan 1948: Kes disiasat mengikut peruntukan Akta Hasutan 1948, menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam menangani penyebaran maklumat palsu melibatkan institusi diraja.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
"Individu terlibat membuat kenyataan palsu dengan mengatakan Sultan Kelantan meninggal dunia dan pihak saya telah membuat laporan polis dan siasatan kes diambil oleh USJT.
"Individu yang memuat naik kenyataan tersebut juga sedang dikesan dan kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu membuat kenyataan palsu mengenai kemangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
-- BERNAMA

#kemangkatan Sultan Kelantan
#kenyataan palsu
#Polis siasat
#Sultan Muhammad V
#Akta Hasutan 1948
#terkini