Polis kini memburu tiga lelaki warga tempatan yang dipercayai menganggotai kumpulan 'along' yang merampas barang berharga dan wang tunai daripada satu keluarga di Sungai Mati, dekat sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata pada kejadian awal pagi Tahun Baharu Cina tersebut, pengadu wanita berusia 23 tahun itu didatangi tiga lelaki yang membuat bising di luar rumah memintanya membayar hutang berjumlah RM2,000.
"Ketiga-tiga suspek kemudian bertindak ganas membakar motosikal yang berada di hadapan rumah apabila pengadu tidak berani keluar dari rumah setelah diugut oleh suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohad Idris berkata nasib malang menimpa bapa mangsa yang berusia 46 tahun, apabila dia bertindak keluar dari rumah dan ditikam dengan senjata tajam yang disyaki sebilah pisau oleh seorang daripada suspek.
"Ketiga-tiga suspek kemudian masuk ke rumah dan merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri," kata beliau.
Beliau berkata bapa mangsa yang merupakan seorang tukang baiki mesin jahit kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.
Hasil siasatan awal mendapati abang kepada mangsa telah meminjam wang sebanyak RM2,000 dan telah melarikan diri apabila gagal menjelaskan hutangnya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.
Menurut Mohad Idris pihaknya telah mengenal pasti dua daripada suspek dan masih menyiasat seorang lagi suspek yang belum dikenali.
Sehubungan itu, polis ingin menghubungi Ker Chian Hau, 25, dan Vincent Jauy Joo Sen, 24, yang juga rakan kepada abang mangsa, bagi membantu siasatan.
Mohad Idris meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek supaya menghubungi balai polis yang berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Polis kini memburu tiga lelaki yang merampas barang berharga dan wang tunai daripada satu keluarga di Sungai Mati, dekat sini, Sabtu lepas. - Gambar hiasan
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along
Syarat ketat yang dikenakan KPKT ke atas syarikat PPW bersandarkan Akta 400 ternyata bukan penghalang bagi mereka menangguk di air keruh.
Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis tahan lelaki dalam pesawat dipercayai terlibat kegiatan along
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000
Menurut polis, selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.
Tiga lelaki 'upahan along' tarik kereta diberkas polis
Ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.