awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran kerana disuruh jangan bising

Bernama
Bernama
14/01/2021
04:51 MYT
Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran kerana disuruh jangan bising
Nik Ezanee (gambar) berkata lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi pelanggan wanita. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Polis memburu seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lepas.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi pelanggan wanita sebelum beredar keluar dari restoran terbabit.
“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus dan kini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323, 503 dan 506 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kejadian tersebut tular dalam media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menumbuk individu yang disyaki pelanggan restoran di Petaling Jaya.
Jenayah | Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki bergelar Datuk
#Datuk pukul pelanggan
#Datuk diburu
#Tropicana Avenue
#Petaling Jaya
#mangsa
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#polis
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan