awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
Saintis berjaya ekstrak DNA Leonardo da Vinci daripada karya seni
Titi gantung Lata Rek: ICU JPM akan bincang dengan agensi teknikal esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian

Bernama
Bernama
07/11/2022
20:16 MYT
Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis memburu dua lelaki kerana disyaki terlibat menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bangi, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian selain satu video tular berkaitan klinik berkenaan yang memaparkan dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan serta pelanggan di premis itu.
"Suspek telah mengambil sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai hampir RM2,000 dan seutas rantai emas.
"Dalam kejadian ini, kesemua mangsa yang berada di dalam premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Zaid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata.
Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes samun
#Tular
#klinik gigi
#bangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan