awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua suspek terlibat kes ragut di Genting Sempah

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
29/11/2022
13:32 MYT
Polis buru dua suspek terlibat kes ragut di Genting Sempah
Tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) kes ragut di stesen minyak tersebut. - Foto ihsan pembaca/media sosial
BENTONG: Dua warga tempatan dikenali sebagai Mad Kelawar dan Yun berusia 30-an diburu Polis Bentong selepas terlibat dalam kejadian ragut seorang remaja perempuan di stesen minyak di Genting Sempah, dekat sini.
Remaja perempuan warga tempatan berusia 23 tahun itu diragut gelang tangan emas miliknya oleh seorang lelaki semasa mengisi minyak di stesen minyak tersebut kira-kira jam 10.30 pagi, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Noor berkata, siasatan awal ketika remaja itu sedang mengisi minyak, mangsa dihampir seorang lelaki dan terus meragut barang kemasnya.
“Mangsa menjerit meminta tolong, ayah dan abang ipar mangsa terdengar dan terus mengejar suspek.
“Suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang rakannya tetapi tidak berjaya,” katanya.
Jelasnya, suspek warga tempatan berusia 34 tahun berjaya ditangkap dengan kerjasama orang awam serta abang ipar mangsa.
“Suspek yang berjaya ditangkap mempunyai lima rekod jenayah dan dadah. Suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk membantu siasatan.
“Dua orang lagi rakan suspek berjaya melepaskan diri menaiki motosikal dikenali yang sebagai 'Mad Kelawar' yang mempunyai sembilan kes jenayah lampau dan pernah ditangkap sebanyak 16 kali,” katanya.
Zaiham berkata, seorang rakan suspek dikenali dengan panggilan 'Yun' akan terus diburu, kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 30-an.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan. Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan juga dikenakan denda.
“Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada jika terkesan atau curiga ke atas individu atau kenderaan di kawasan persekitaran dan diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Mad Kelawar dan Yun
#Polis Bentong
#Kes ragut
#genting sempah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan