awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru empat suspek samun pelancong China

Bernama
Bernama
03/01/2025
13:45 MYT
Polis buru empat suspek samun pelancong China
Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dalam kes melarikan dua pelancong warga China. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
KUANTAN: Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dalam kes melarikan dua pelancong warga China dan melakukan samun ke atas mereka di Pekan Gohtong Jaya, Bentong dekat sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang semasa pelancong wanita berusia 27 tahun itu bersama seorang lagi pelancong lelaki berusia 26 tahun sedang berjalan di pekan Gohtong Jaya.
Beliau berkata mereka kemudiannya didatangi oleh empat lelaki tidak dikenali dan menarik mereka masuk ke dalam sebuah kenderaan mewah jenama BMW, sebelum berlaku pergelutan.
"Wanita itu akhirnya berjaya keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri manakala lelaki berkenaan dilarikan suspek. Lelaki itu kemudiannya telah ditinggalkan di tepi jalan setelah suspek mengambil sejumlah wang tunai dan membuat pindahan wang ke akaun milik suspek.
"Kedua-dua pelancong itu mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 365/394 Kanun Keseksaan dan polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dengan menelefon 09-2222222 atau mana-mana balai berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis buru
#suspek samun
#Pelancong China
#Polis Daerah Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan