awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang Jaya

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2024
04:30 MYT
Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang Jaya
Jam tangan jenama Rolex model Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold berharga RM64,000 dilarikan seorang lelaki dari sebuah kedai barangan berjenama di Subang Jaya, Selangor. - Gambar ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencuri jam tangan jenama Rolex dari sebuah kedai barangan berjenama di Subang Jaya, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan, kejadian berlaku sekitar jam 1.:40 pagi, Sabtu.
Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan kakitangan kedai tersebut yang mendakwa jam berkenaan dicuri individu yang menyamar sebagai pelanggan semasa dia dan rakannya sedang membuka kedai.
Suspek mencuri seutas jam tangan jenama Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold sebelum melarikan diri dengan alasan mahu mengambil majikannya di tingkat bawah.
Hasil siasatan awal mendapati suspek telah menunggu di hadapan kedai sebelum dibuka dan membuat janji temu melalui mesej.
Wan Azlan berkata, anggaran kerugian sebanyak RM64,000.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Topic Berkaitan
#curi jam tangan
#Rolex
#Wan Azlan Wan Mamat
#kedai barangan berjenama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan