awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki dipercayai pukul, bakar anjing hidup-hidup

Bernama
Bernama
30/03/2023
13:40 MYT
Polis buru lelaki dipercayai pukul, bakar anjing hidup-hidup
Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis memburu seorang lelaki yang disyaki bertindak kejam memukul serta membakar seekor anjing hidup-hidup.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.
Beliau turut mengesahkan menerima laporan polis pada 2.59 petang, Isnin lepas, daripada orang awam yang memaklumkan haiwan liar berkenaan dipukul dan dibakar hidup-hidup, selain memberitahu mengenai video insiden itu yang tular.
"Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.
"Kes ini akan disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 8 minit 54 saat menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api pada seekor anjing yang terhalang oleh dinding.
Video itu turut menunjukkan lelaki berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar anjing
#kezaliman
#dera haiwan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan