awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki naik kereta mahal, tapi kencing merata

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/11/2023
02:20 MYT
Polis buru lelaki naik kereta mahal, tapi kencing merata
Tular video memaparkan seorang lelaki membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini Khamis lalu.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan biadap dengan membuang air kecil (kencing) di tepi tiang tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Subang Jaya.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, video berdurasi 50 saat perbuatan lelaki berkenaan tersebar di media sosial, pada Ahad lalu.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 16 November lalu melibatkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek berwarna kelabu di sebuah pasaraya di Subang Jaya.
"Di dalam rakaman video tersebut terdapat perbualan di antara perakam dengan suspek yang mengatakan terdapat tandas dan suspek hanya menjawab minta maaf dan terus beredar menaiki kereta jenis Mazda.
"Kes diklasifikasikan sebagai kelakuan aib di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Wan Azlan berkata, suspek telah dikenal pasti dan masih dikesan bagi membantu siasatan.
"Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam.
"Sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian, orang ramai diminta tampil memberikan kerjasama melalui Pusat Kawalan Daerah Subang di nombor 03-78627100 atau pegawai penyiasat Inspektor Norhishamuddin Hamdan di nombor 010-2494819," katanya.
Topic Berkaitan
#buang air kecil
#pasar raya
#video tular
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan