awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan

Bernama
Bernama
29/01/2025
12:43 MYT
Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
IPOH: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes samun rantai leher milik wanita warga emas dalam kejadian di sebuah rumah di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah di Teluk Intan, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata ketika kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
Beliau berkata ketika mangsa sedang menyiapkan kalungan bunga itu, suspek telah menghampirinya dari arah belakang dan meragut seutas rantai leher emas milik wanita berkenaan.
"Suspek telah bergelut dengan mangsa semasa hendak meragut rantai mangsa sebelum menolaknya hingga terjatuh ke lantai.
"Mangsa telah menjerit meminta tolong dan suspek telah melarikan diri selepas berjaya meragut sebahagian rantai yang dipakai oleh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Adnan berkata mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,500 dan cedera di bahagian leher selain luka di bahagian tangan, kaki dan pinggul.
"Suspek dipercayai warga tempatan berbadan gempal, berkulit gelap, memakai topi keledar dan pelitup muka berwarna hitam serta memakai jaket berwarna hitam kuning. Suspek juga menaiki motosikal jenis Honda Wave 125 dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti," katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muzlifah Azmi di talian 011-21858926 atau Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6292222.
Video berdurasi 22 saat yang memaparkan kejadian kes berkenaan turut tular di media sosial.
-- BERNAM
Topic Berkaitan
#samun
#rantai emas
#polis
#warga emas
#suspek diburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan