awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lima lelaki pukul rakan sampai mati

Bernama
Bernama
28/02/2023
14:05 MYT
Polis buru lima lelaki pukul rakan sampai mati
Polis sedang mengesan lima individu disyaki memukul seorang lelaki sehingga mati di sebuah kondominium di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Kuala Lumpur, pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan lima individu disyaki memukul seorang lelaki sehingga mati di sebuah kondominium di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada adik perempuan mangsa pada 5.29 petang.
Beliau berkata, adik perempuan mangsa mengetahui perkara itu melalui panggilan telefon teman wanita abangnya yang memberitahu abangnya dipukul lima lelaki di dalam kondominium yang disewanya sebelum dibawa keluar ke lokasi lain.
"Pengadu (adik perempuan mangsa) menerima panggilan telefon pada 7.15 pagi dan pada 11.30 pagi suspek utama telah menghubunginya memaklumkan abangnya berada di bahagian kecemasan Hospital Cyberjaya.
"Pengadu kemudian pergi ke Hospital Cyberjaya dan dimaklumkan bahawa abangnya telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata, mangsa yang berusia 31 tahun mengalami kecederaan di mata, hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga serta punca kematian adalah akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
"Berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan dipercayai akibat dendam dan cemburu oleh seorang daripada suspek terhadap mangsa. Polis sedang mengesan kesemua suspek yang merupakan rakan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#polis buru lima lelaki
#pukul rakan sampai mati
#Taman Perindustrian Bukit Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan