awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pemandu treler dipenjara 8 tahun, denda RM80,000 sebabkan kematian satu keluarga
MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: 'Setiap malam saya menangis, dihantui mimpi buruk'
MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Mangsa nahas alami cacat kekal - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Polis buru lima pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri

Bernama
Bernama
18/06/2025
07:25 MYT
Polis buru lima pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri
Operasi memburu dijalankan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan dan AADK, melibatkan pelatih berumur antara 25 hingga 42 tahun dari pelbagai negeri termasuk Perak, Johor dan Selangor. -Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis sedang memburu lima daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu dekat sini yang melarikan diri dari pusat terbabit, awal pagi semalam.

Ringkasan AI
  • Lima daripada enam pelatih PUSPEN Jelebu melarikan diri awal pagi semalam dan masih diburu oleh polis, manakala seorang telah ditahan semula dalam masa kurang 24 jam.
  • Operasi memburu dijalankan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan dan AADK, melibatkan pelatih berumur antara 25 hingga 42 tahun dari pelbagai negeri termasuk Perak, Johor dan Selangor.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan, dan polis menggesa orang awam menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan yang membabitkan lelaki berumur dalam lingkungan 25 hingga 42 tahun itu pada 1 pagi.
Beliau berkata seorang lagi lelaki berusia 35 tahun yang turut melarikan diri berjaya ditahan semula dalam masa kurang 24 jam, di kawasan berhampiran kilang Rotan Titi Cane, Kongkoi, Jelebu berjarak lima kilometer dari pusat berkenaan.
"Polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap kesemua mereka yang melarikan diri itu dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu.
"Pelatih yang masih diburu ialah P. Tinogaran, 36, beralamat terakhir di Apartment Taman Sentosa, Perak; G. Vinaiyetiran, 36, (Taman Munsyi Ibrahim, Johor); V. Manimaran, 38, (Taman Seri Bernam, Selangor); S. Bala Ganes, 42, (Bandar Baru Sultan Suleiman, Selangor) dan K. Mohanarajh, 25, (Taman Bertuah, Perak)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam bagi membantu siasatan dengan menyalurkannya ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu melalui talian 06-6136222 dan 06-6137999.
Azizan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puspen Jelebu
#pelatih larikan diri
#unit anjing pengesan
#AADK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami