Skip to main content

Malaysia

Polis buru sekumpulan individu curi kabel di tepi MRR2

CURI KABEL_TIKTOK aiman1601
Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan seorang individu sedang memunggah kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi lebuh raya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu yang menggunakan nombor kenderaan palsu.

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu beberapa individu yang disyaki mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di Ampang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, kejadian itu dikesan pada Jumaat kira-kira jam 5 petang menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.

"Video berkenaan memaparkan beberapa individu sedang memunggah kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi lebuh raya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu yang menggunakan nombor kenderaan palsu.

"Satu aduan polis turut dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada Khamis kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Pengadu mendakwa, ketika berada di lokasi, beliau melihat sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu berhenti di tepi jalan, sebelum melihat empat lelaki yang tidak dapat dikenal pasti sedang memotong dan memunggah kabel ke dalam kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, pengadu turut merakam kejadian berkenaan sebelum kesemua individu terbabit beredar dari lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis memaklumkan kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Must Watch Video

Advertisement