awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/03/2023
06:56 MYT
Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja
Datuk Kamarul Zaman Mamat, mengesahkan menerima laporan berkenaan yang dibuat pada jam 5.34 pagi Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis memburu suspek yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat serta membuat ancaman bunuh terhadap kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja Band.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, mengesahkan menerima laporan berkenaan yang dibuat pada jam 5.34 pagi Ahad.
"Pihak polis telah merakam percakapan semua mangsa dan sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat.
"Polis Johor memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu kententeraman awam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin
Astro AWANI pada Ahad melaporkan kejadian membabitkan ugutan jenayah yang dihadapi kumpulan berkenaan selepas mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
Insiden kekecohan yang berlaku pada sekitar jam 11.15 malam Sabtu itu dikatakan tercetus susulan berlaku isu salah faham antara pihak penganjur dan band berkenaan.
Difahamkan, kumpulan berkenaan telah didatangi dua individu lelaki didakwa mewakili pihak penganjur sebelum dilemparkan kata-kata kesat dan ancaman bunuh.
Menurut vokalisnya, Ian Kasela, individu terbabit telah melakukan ugutan bunuh terhadap kesemua rakan sekumpulannya sekiranya masih berada di sekitar negara ini.
Kesemua mereka telah pulang ke Indonesia selepas membuat laporan polis pada awal pagi Ahad.
Penganjuran konsert Radja Majestic Johor pada 11 Mac merupakan yang kali pertama diadakan di negeri berkenaan.
Topic Berkaitan
#band radja
#ancaman bunuh
#Malaysia
#polis buru suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan