MALAYSIA
Polis buru suspek pecah masuk sekolah agama curi duit
Mohd Iqbal (gambar kecil) berkata, kejadian itu dikesan selepas tular di media sosial dan laporan telah diterima daripada timbalan pengarah sekolah terbabit pada 11 Mei lalu.
SHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah agama di Bukit Jelutong, di sini baru-baru ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian jenayah itu dikesan selepas tular di media sosial dan laporan telah diterima daripada timbalan pengarah sekolah terbabit pada 11 Mei lalu.
“Kedua-dua suspek telah memecah masuk melalui pintu belakang bangunan sekolah.
“Semakan oleh pihak sekolah mendapati sejumlah wang telah hilang, iaitu RM100 yang disimpan di dalam peti wang tunai koperasi serta RM1,500 yang disimpan di dalam laci,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pihak polis sedang berusaha untuk mengesan dan menangkap suspek dalam kadar segera bagi tindakan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohamad Hanafi di talian 010-3727932.
“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan premis dan memastikan barangan berharga disimpan di tempat yang selamat,” ujarnya.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, kelihatan seorang lelaki memakai kopiah manakala seorang lagi bertopi. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Dua lelaki sedang diburu polis selepas disyaki memecah masuk sebuah sekolah agama di Bukit Jelutong dan mencuri wang tunai berjumlah RM1,600.
- Kejadian dikesan selepas tular di media sosial dan laporan dibuat pada 11 Mei; suspek dilihat dalam rakaman CCTV memakai kopiah dan topi.
- Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dan menasihatkan agar premis dikunci serta barangan berharga disimpan dengan selamat.