awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru suspek rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit

Bernama
Bernama
13/09/2023
03:30 MYT
Polis buru suspek rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diseru supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat mengenainya kepada polis.
SIBU: Polis sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari semalam yang menyebabkan dua lelaki cedera dan kenderaan milik mereka dirosakkan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden itu semalam berkata rakaman kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari di tempat letak kereta pejabat daerah itu telah tular di media sosial.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.
Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat mengenainya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kanowit ASP Mohd Faizal Nawi dengan menelefon 016-8657432 atau IPD Kanowit 084-752222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#Pejabat Daerah Kanowit
#cedera
#Mohd Azman Ahmad Sapri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan