Polis buru suspek samun wanita di kedai dobi

Bernama
September 6, 2017 09:02 MYT
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 11.32 malam itu, tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan bertopi keledar memasuki premis itu dan merampas barangan mangsa.- Foto Ihsan Pembaca
Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di kedai dobi 24 jam di Fasa 8, Taman Sri Gombak, dekat sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 11.32 malam itu, tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan bertopi keledar memasuki premis itu dan merampas barangan mangsa.
"Suspek mengambil telefon bimbit, wang tunai RM1,100, dokumen pengenalan diri dan barangan kemas milik mangsa. Kerugian dianggarkan kira-kira RM15,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian itu tular di laman sosial hari ini.
-- BERNAMA
#ACP Ali Ahmad #barang kemas #rompak #rompak kedai dobi #samun #Taman Sri Gombak