awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tiga lelaki terlibat kes pukul, tetak di Puchong

Bernama
Bernama
24/05/2025
10:45 MYT
Polis buru tiga lelaki terlibat kes pukul, tetak di Puchong
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan berumur 30 hingga 40 tahun disyaki terlibat kes pukul dan tetak dalam kejadian di Pangsapuri Puchong Intan, Taman Puchong, dekat Subang Jaya, awal pagi ini. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan berumur 30 hingga 40 tahun disyaki terlibat kes pukul dan tetak dalam kejadian di Pangsapuri Puchong Intan, Taman Puchong, dekat Subang Jaya, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan teman lelakinya dipukul serta ditetak di bahagian kepala dan badan oleh bekas suaminya bersama dua lelaki pada 2.15 pagi.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku setelah mangsa yang seorang warga tempatan berumur 47 tahun tinggal bersama dengan bekas isteri seorang daripada suspek di rumah itu.
"Mangsa dipukul serta ditetak menggunakan pisau serta batang besi di bahagian badan dan kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Fairus berkata mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, dan dilaporkan stabil manakala punca kejadian dipercayai disebabkan masalah rumah tangga serta cemburu.
"Usaha mengesan dan menangkap suspek yang sudah dikenal pasti masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau Insp Dinesh Ganasan di talian 011-330 94457 untuk menyalurkan maklumat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis buru
#Pangsapuri Puchong Intan
#kes tetak
#Polis Daerah Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan