awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2024
23:45 MYT
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Tangkap layar video tular memaparkan beberapa individu mengumpil pintu sebuah kereta pada Sabtu.
KUALA LANGAT: Polis memburu tiga lelaki yang tular mengumpil pintu sebuah kereta di hadapan kedai perkakas di kawasan Banting pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, laporan dibuat pemilik kereta berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
"Mangsa kemudiannya melihat pintu keretanya itu dalam keadaan terbuka, mangsa melakukan pemeriksaan dalam keretanya itu namun tiada barangan miliknya hilang.
"Mangsa melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai perkakas berkenaan sebelum mendapati terdapat tiga individu mengumpil pintu keretanya sehingga terbuka," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, tiga suspek itu kemudian dilihat melarikan diri menggunakan dua buah kereta jenis Proton Wira.
"Susulan itu, rakaman video CCTV kejadian dipercayai telah ditularkan dengan tujuan agar penduduk di kawasan Banting lebih berwaspada.
"Polis menjalankan siasatan berkaitan kejadian terbabit di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, usaha mengesan kesemua suspek terlibat sedang giat dijalankan.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#umpil pintu kereta
#Mohd Sufian Amin
#CCTV
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan