Polis cadang Neelofa, suami dikompaun

Sinar Harian
April 13, 2021 05:34 MYT
Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menyerahkan kertas siasatan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut berhubung majlis perkahwinan pasangan itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya sudah mencadangkan untuk tindakan kompaun, lapor Sinar Harian.
"Kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya. Kita sudah bagi cadangan untuk mereka dikompaun," katanya pada Selasa.
Pada 5 April lalu, Mohamad Zainal mengesahkan merekodkan keterangan dua individu itu berhubung majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP PKP.
BACA: "Bertenang semua di luar sana" - Mesej Neelofa dari Langkawi
Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.
Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Neelofa mohon maaf, mengaku tidak sensitif isu SOP PKP
Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.
Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Hiburan | Neelofa dah bergelar isteri kepada PU Riz
#Neelofa #PU Riz #langgar SOP #Majlis Keselamatan Negara #perintah kawalan pergerakan #PKP