awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
MyEG tukar nama kepada Zetrix AI berkuat kuasa 3 Julai
MALAYSIA
Laporan siasatan letupan Putra Heights: Dua kumpulan khas ditubuh untuk siasat, rancang tindakan - Amirudin
MALAYSIA
Lawatan sulung Anwar ke Itali, teroka peluang baharu ekonomi - Duta Besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Polis cari enam lelaki Nepal saksi kes bunuh

Bernama
Bernama
31/10/2022
20:20 MYT
Polis cari enam lelaki Nepal saksi kes bunuh
Perbicaraan itu melibatkan kes bunuh seorang lelaki warga Nepal berusia 27 tahun di sebuah kondominium di Jalan Gurney 2, dua tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan enam lelaki warga Nepal sebagai saksi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Jenayah 7, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini, pada 7 hingga 10 Nov ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah, berkata perbicaraan itu melibatkan kes bunuh seorang lelaki warga Nepal berusia 27 tahun di sebuah kondominium di Jalan Gurney 2, di sini, dua tahun lepas.
Beliau berkata saksi pertama adalah Prem Bahadur dan Rishi Magar, masing-masing mempunyai pasport bernombor 01651970 dan 1003102.
Saksi lain ialah Susil Limbu Birkha Limbu dengan nombor pasport 09658215, Suman Rana Magar (06038774), Madhap Puri (08241410) dan Waiba Lal Sing (07421370).
"Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju memohon kerjasama orang ramai bagi tujuan mengesan mereka untuk hadir perbicaraan di mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Mohd Shukri Abd Razak di talian 019-6691339 atau 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#cari saksi
#kes bunuh
#warga Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami