awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari lelaki ludah kereta Myvi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2022
22:15 MYT
Polis cari lelaki ludah kereta Myvi
Siasatan lanjut sedang dijalankan polis untuk mengesan suspek menerusi nombor pendaftaran kenderaan. - Gambar Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan memaki hamun dan meludah ke arah kenderaan seorang wanita di Jalan Lapangan Terbang Lama menghala Jalan Dewan Bahasa di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis telah merakam keterangan wanita berusia 26 tahun itu selepas dia membuat laporan pada jam 2.30 petang Rabu.
"Mangsa seorang wanita tempatan memandu sebuah kereta Perodua Myvi diekori suspek berusia lingkungan 20-an lalu suspek memotong kenderaan mangsa serta memberhentikan kenderaan secara mengejut.
"Suspek yang turut memandu kenderaan jenis Perodua Myvi tidak dikenali oleh mangsa turun dari kenderaan sambil memarahi wanita terbabit dan meludah pada kenderaan mangsa," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Amihizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek menerusi nombor pendaftaran kenderaan.
Katanya, motif kejadian masih belum dikenalpasti dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes tular
#Myvi
#ludah kereta
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan