Polis cari lelaki pandu kereta di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan

Afiezy Azaman
Jun 24, 2020 03:01 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya yang membahayakan penunggang motosikal.
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya baruu-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
“Laporan polis akan dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Tindakan dan siasatan lanjut akan diambil berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah kereta dipandu seorang lelaki memasuki laluan motosikal di lebuh raya berkenaan.
Beberapa penunggang motosikal kemudiannya dilihat mengarahkan kenderaan terbabit keluar daripada laluan tersebut kerana membahayakan mereka.
#Akta Pengangkutan Jalan 1987 #kereta guna laluan motosikal #laluan motosikal #Lebuhraya Persekutuan #media sosial #membahayakan penunggang motosikal #Nik Ezanee Mohd Faisal #Petaling Jaya