awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari pemandu Honda City masuk lorong motosikal

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2022
22:46 MYT
Polis cari pemandu Honda City masuk lorong motosikal
Video tular yang menunjukkan sebuah kereta Hondy City berwarna kelabu di lorong motosikal.
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang memandu kenderaan jenis Honda City berwarna kelabu tular memandu di lorong motosikal di kilometer (km) 34.1 Lebuhraya Persekutuan di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya pada Rabu mengesan video berdurasi 51 saat memaparkan kejadian tersebut selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.
"Pada 29 Jun lebih kurang jam 5 petang Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya terkesan satu video tular mengenai sebuah kereta memandu di lorong motosikal
"Dalam kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Fakhrudin berkata, satu laporan telah dibuat oleh BSPT Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pada masa sama, beliau memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang trafik dan meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.
"Pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 0133752511," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lorong motosikal
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#pemandu Honda City kelabu
#kereta masuk lorong motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan