awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/12/2023
04:04 MYT
Polis cari saksi boleh bantu kes Zayn Rayyan
Polis masih mencari saksi orang awam yang boleh memberikan keterangan berhubung kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin.
PETALING JAYA: Polis masih mencari saksi orang awam yang boleh memberikan keterangan berhubung kes kematian kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini,.
Polis juga turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu untuk mencari bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes tersebut.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid ketika ditemui di lokasi kejadian, pada Jumaat.
"Kita (Polis) sentiasa akan menjalankan siasatan di kawasan ini untuk mendapatkan lagi maklumat berkaitan dengan kes dan untuk membantu mengesan suspek yang terlibat.
"Kita juga akan mencari dan mengesahkan sebarang bukti bagi membantu siasatan.
"Semuanya masih dalam siasatan saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi," ujarnya.
Mohd Fakhrudin berkata, pihaknya juga sedang mengesan saksi dan orang awam untuk membantu siasatan.
"Kita memang perlukan maklumat daripada masyarakat untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#kanak-kanak autisme
#kanak-kanak hilang
#Damansara Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan