awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cari saksi kes pemandu rempuh kedai 99 Speedmart

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2023
02:40 MYT
Polis cari saksi kes pemandu rempuh kedai 99 Speedmart
Situasi kejadian kemalangan tular membabitkan sebuah kereta merempuh kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KLANG: Polis meminta saksi kemalangan tular membabitkan sebuah kenderaan merempuh kedai serbaneka di Jalan Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa, dekat sini tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian 4.30 petang pada Rabu, sebuah kereta telah melanggar sebuah kedai serbaneka 99 Speedmart ekoran hilang kawalan pemanduan.
Beliau berkata, kereta tersebut dipercayai dipandu oleh seorang wanita berbangsa Cina telah melanggar pintu masuk kedai serbaneka tersebut.
Namun begitu kata beliau, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
"Siasatan awal polis mendapati wanita tersebut dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kenderaannya hilang kawalan.
"Ia menyebabkan kenderaan yang dipandu terus meluru ke depan dan melanggar pintu masuk kedai terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, semasa pihak polis sampai di tempat kemalangan mendapati kenderaan terlibat telah beredar dari lokasi kejadian.
Sehubungan itu katanya, pihak polis meminta orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan melihat kemalangan tersebut supaya tampil membantu siasatan.
Jelasnya, saksi kejadian boleh hadir ke bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Klang Selatan atau menghubungi talian 03-33722222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taman Sentosa Klang
#pemandu tertekan pedal minyak
#kereta hilang kawalan
#kereta rempuh kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan