[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Polis cari tiga lelaki bantu siasatan kes pergaduhan di Kota Bharu

Bernama 01/06/2025 | 11:15 MYT
Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Kebun Sultan, 23 Mei lepas. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
KOTA BHARU: Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, 23 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata mereka dikenali sebagai Weng Kok Choo, 58, dari Jalan Kebun Sultan, di sini, S. Saravanan Kumar, 34, dan S. Kumaresan, 34, yang masing-masing beralamat di Sungai Pelek, Selangor.

Beliau berkata kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan berhubung kes rusuhan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu berkenaan diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang menyiasat kes pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Kebun Sultan, di sini selepas video berkaitan kejadian berkenaan tular di media sosial.

-- BERNAMA

#Polis Daerah Kota Bharu #kes pergaduhan #bantu siasatan #Jalan Kebun Sultan