MALAYSIA
Polis cari waris remaja autisme ditemui di Kesas
Muhamad Farid berkata, remaja dianggarkan berusia 14 tahun dan dipercayai berbangsa Cina itu ditemui penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan pada jam 9.13 malam, Jumaat. - Gambar IPD Serdang
SERDANG: Polis sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang remaja lelaki dipercayai autisme yang ditemui di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Kilometer 43.2 dari arah Puchong menghala ke ibu negara, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, remaja dianggarkan berusia 14 tahun dan dipercayai berbangsa Cina itu ditemui penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan pada jam 9.13 malam, Jumaat.
"Ketika ditemui, remaja tersebut sedang duduk mencangkung di tengah-tengah lorong laluan motosikal berkenaan.
"Hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri bersama mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.
Muhamad Farid berkata, remaja itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan sementara dan tindakan lanjut.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-80752222 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.