TANAH MERAH: Polis menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang bersembunyi di sebuah rumah kedai di Kampung Jelakong di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Wan Zulfikri Wan Othman berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada 5.30 petang.
Beliau berkata turut ditahan dua lelaki warga tempatan berusia 48 dan 65 tahun yang berada di dalam premis itu.
"Semasa pemeriksaan, polis menemukan 43 lelaki dan tujuh wanita warga Myanmar berusia 18 hingga 45 tahun di dalam rumah kedai tersebut.
"Pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
POLIS-MYANMAR 2 (AKHIR) TANAH MERAH
Wan Zulfikri berkata mereka dibawa masuk ke negara ini sejak tiga hari lepas melalui pangkalan haram berdekatan sempadan Malaysia-Thailand untuk bekerja di Kuala Lumpur, Kuantan, Genting Highlands dan Cameron Highlands.
Beliau berkata premis terbabit dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum mereka dibawa keluar dari Kelantan.
"Susulan itu, dua lelaki warga tempatan terlibat ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Kesemua warga Myanmar itu pula ditahan di bawah Akta Imigresen 1963 dan mereka telah dibawa ke IPD Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.
Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk membawa pendatang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Polis menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang bersembunyi di sebuah rumah kedai di Kampung Jelakong petang tadi. - Gambar hiasan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Trump cadang Kanada jadi negeri ke-51 AS di bawah pentadbiran Trudeau - Laporan
Trump secara berseloroh mencadangkan bahawa Kanada akan lebih baik menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sekiranya ekonominya tidak dapat bertahan dengan potensi tarif AS ke atas barangan Kanada.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Imigresen Sabah tahan 197 pendatang tanpa izin di Menggatal, Tuaran
Jabatan Imigresen Negeri Sabah menahan 197 pendatang tanpa izin dalam operasi di dua lokasi rumah kongsi tapak pembinaan perumahan di Menggatal dan Tuaran pada awal pagi ini.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
Imigresen tahan 43 warga asing dalam Op Kutip di Kluang
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 43 pendatang tanpa izin dan seorang majikan rakyat tempatan dalam serbuan di sebuah tapak projek perumahan di Kluang, Jumaat lepas.