awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat kesan suspek kes pembuangan bayi di Lahad Datu

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2025
23:30 MYT
Polis giat kesan suspek kes pembuangan bayi di Lahad Datu
Menurut polis, kes bayi lelaki ditemui di sebuah gerai di Lahad Datu petang semalam disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit.
LAHAD DATU: Polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki cukup sifat yang dipercayai dibuang di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, di sini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail dalam kenyataan memaklumkan, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 2 petang semalam dan disahkan telah meninggal dunia ketika dijumpai.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#Lahad Datu
#Dzulbaharin Ismail
#Seksyen 318 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan