KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Mohd Zaid berkata pada 10.51 pagi Selasa pengadu seorang wanita berusia 63 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan semakan pihak polis terhadap rakaman CCTV mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari pada Isnin.
"Menerusi rakaman berkenaan dua daripada tiga lelaki yang sedang melepak di tempat letak motosikal telah menyimbah bahan bakar ke badan anak kucing tersebut sebelum menyalakan api, ketiga-tiga mereka kemudian hanya melihat anak kucing itu berlari dalam keadaan badan terbakar," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurut Mohd Zaid seorang penduduk di flat berkenaan kemudian terlihat anak kucing itu yang berlari dalam keadaan terbakar dan kemudian mencurahkan air sebelum memberitahu kepada pengadu.
"Pengadu kemudian mencari anak kucing itu di sekitar kawasan flat dan menjumpainya dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke sebuah klinik haiwan swasta di Ampang dan kini dirawat akibat melecur tahap dua," katanya.
Beliau berkata pihak polis telah mengenal pasti tiga lelaki berkenaan dan sedang giat mengesan mereka yang terlibat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada binatang dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Pihak polis telah mengenal pasti tiga lelaki berkenaan dan sedang giat mengesan mereka yang terlibat. - Foto Instagram/animalmalaysia
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Belum ada dalam sejarah dunia, jumlah seramai ini yang disiasat dan didakwa agensi pencegahan rasuah kita.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.