awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ibu kota kenal pasti lokasi perlu perhatian serius semasa PRU15, pantau banjir kilat

Bernama
Bernama
04/11/2022
10:27 MYT
Polis ibu kota kenal pasti lokasi perlu perhatian serius semasa PRU15, pantau banjir kilat
Datuk Azmi Abu Kassim berkata, polis akan membuat pemantauan terhadap semua situasi yang boleh mencetuskan provokasi melampau serta menggugat ketenteraman awam dalam tempoh menjelang PRU15. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), polis akan menumpukan pemantauan di empat lokasi sekitar ibu kota yang sebelum ini pernah dilaporkan berlaku insiden perselisihan faham atau perbalahan antara komuniti.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, walaupun perselisihan faham itu tidak melibatkan parti politik, namun, polis tetap akan membuat pemantauan terhadap semua situasi yang boleh mencetuskan provokasi melampau serta menggugat ketenteraman awam dalam tempoh menjelang PRU15.
Beliau berkata, empat lokasi itu membabitkan dua insiden perselisihan faham serta perbalahan di Cheras dan masing-masing satu di Wangsa Maju dan Sentul.
"(Laporan) perselisihan faham yang kami terima ini bukan melibatkan parti politik dan lokasi yang dikenal pasti ini kami ambil perhatian, bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini dalam tempoh PRU15 ini," katanya di sini hari ini.
Selain itu, Azmi berkata, pihaknya mengenal pasti 57 lokasi yang sering berlaku banjir kilat antaranya Jalan Sentul Manis, Jalan Klang Lama, Jalan Tun Razak, Kampung Chubadak Tambahan, Jalan Ampang serta Jalan Travers dan persiapan rapi dilakukan bersama agensi berkaitan supaya tindakan pantas dapat diambil bagi menghadapi situasi banjir pada bila-bila masa di kawasan berkenaan.
Sementara itu, di PULAU PINANG, jurucakap polis memaklumkan lebih 2,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas di 13 pusat penamaan calon di negeri itu esok.
Menurutnya, penugasan itu bukan sahaja melibatkan lokasi pusat penamaan calon sahaja, malah juga di persekitaran berhampiran kawasan berkenaan bagi memastikan prosesnya berjalan lancar.
"Polis turut menutup beberapa jalan utama dan membuka lencongan haluan di 13 pusat penamaan calon bermula 6 pagi sehingga 12 tengah hari atau sehingga proses penamaan calon selesai. Orang ramai diminta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran," katanya ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#penamaan calon PRU15
#banjir kilat
#Ketua Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan