MALAYSIA
Polis ikrar buru militan Daish keluar ancaman melalui media sosial
Polis memaklumkan, tidak akan berkompromi dalam kes mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ideologi kumpulan itu di negara ini.
Berikutan tindakan militan Daish mengisytihar perang ke atas Malaysia dan Indonesia melalui klip video, polis Malaysia berikrar memburu mereka yang mengeluarkan ancaman melalui media sosial untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ideologi kumpulan itu di negara ini.
"Polis akan memantau daripada semua aspek, termasuk (klip video) Youtube, antara medium yang kerap digunakan kumpulan itu untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya kepada Bernama.
Daish dilapor mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan Indonesia dalam klip video yang dikeluarkan di mana kumpulan militan itu mahu menjatuhkan para pemimpin dan kerajaan.
Mohamad Fauzi berkata polis akan memantau setiap platform media sosial yang ada di negara ini.
Katanya walaupun video yang dikeluarkan Daish itu sekadar drama mereka untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini, namun PDRM memandang serius perkara itu.
"Mereka ini (militan Daish) tidak akan berhenti untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
"Mereka menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengugut dan mengancam menyerang negara dan kita mesti memperkasakan proses undang-undang untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini," katanya.
Mohamad Fuzi berkata matlamat utama kumpulan militan Daish adalah melakukan serangan ganas dan memastikan agar rakyat Malaysia sentiasa berada dalam ketakutan.
"Inilah taktik yang digunakan oleh Daish untuk menakutkan rakyat, namun perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku di Malaysia.