awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ingin hubungi lelaki bantu selesai kes hina institusi diraja Johor

Bernama
Bernama
29/05/2016
10:15 MYT
Polis ingin hubungi lelaki bantu selesai kes hina institusi diraja Johor
WAN AHMAD: Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu boleh menghubungi ASP Lim Kok Khim. - fotoBERNAMA
Polis Johor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu menyelesaikan kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki terbabit, dikenali sebagai Muhd Salman Zakaria atau Lemey, 30, nombor kad pengenalan 860517-29-5877 dengan alamat terakhir di nombor 47-B, Jalan Kampung Besut, Tumpat, Kelantan.
"Lelaki itu yang merupakan orang dikehendaki polis bersabit Taman Pelangi Report 3381/16, kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan.
"Polis ingin mengesannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu boleh menghubungi ASP Lim Kok Khim di talian 012-7737590 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2254656 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu hari ini, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.
Topic Berkaitan
#Facebook
#hina TMJ
#Johor
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan